Asal Usul Sel
Ahli sains yang
pertama melihat sel adalah Robert Hooke.Rada tahun 1665, beliau telah
menggunkan alat yang menyerupai teropong untuk melihat benda seni.
Alat itu kini disebut sebagai mikroskop dan
Hooke telah menggunakan mikroskop yang diciptanya untuk melihat dinding gabus
yang mati.Beliau melihat kotak-kotak kecil dan menamakannya " cellulae
" yang bermaksud bilik kecik dalam bahasa Latin. Daripada situ, timbulnya istilah sel.
Saiz dan bentuk sel berbeza bergantung pada
fungsinya. Semua sel mempunyai membran plasma yang menyelaputi protoplasma.
Protoplasma terdiri daripada nukleus dan sitoplasma. Kebanyakan sel mempunyai
nukleus. Sitoplasma mengandungi pelbagai organel( misalnya mitokondrion,
kloroplas, dan ribosom ) dan granul.
Struktur Sel Haiwan Dan Sel Tumbuhan
Sel merupakan unit asas struktur dan fungsi bagi
semua organisma. sel dapat diibaratkan sebagai batu-bata yang yang digunakan
untuk membina sebuah bangunan. Semua organissma terdiri daripada satu atau
lebih sel. Cuba anda perhatikan sel-sel dalam gambar rajah foto di sebelah dan
kenal pastikan yang manakah satu sel haiwan dan yang mana satukah sel tumbuhan.
Struktur sel dan Fungsinya
Bahagian Sel Struktur Fungsi
Membran Plasma Berselaput nipis Mengawal
pergerakan bahan
Dinding sel Bersifat telap sepenuhnya Memberi sokongan dan ketegaran
Sitoplasma Bahan
Cecair Likat Medium tindak
balas kimia
Nukleus Berbentuk
sfera atau bujur mengawal atur
aktiviti sel
Ribosom Terdiri
daripada RNA Mensintesis
protein
Jalinan Endoplasma Siri
membran yang saling bersambungan Mengangkut
protein
Jasad Golgi Rongga leper Mengubah
suai protein
Mitokondrion Mempunyai dua
membran Tapak penjanaan tenaga
Kloroplas berbentuk
cakera Menjalankan
fotosintesis
Tidak ada komentar:
Posting Komentar